5 Aktiviti Untuk Nikmati Alam Semulajadi Di Taman Negara Pahang

taman-negara

Taman Negara merupakan salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Selalu kita dengar cerita pasal keindahan alam semulajadi di Taman Negara, tapi rasanya tak ramai yang pernah berkunjung ke sana, betul tak? Sebenarnya ada banyak cara kita boleh menikmati hutan yang berusia 130 juta tahun ini, antaranya adalah rafting, mendaki, berkelah dan macam-macam lagi.

Jom kita lihat lima aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Taman Negara yang terletak di Kuala Tahan, Pahang!

1. ‘Jungle Walk’ Pada Waktu Malam

image4Kredit Foto: ThatSoFarah

Terdapat beberapa hiking trail anda boleh buat di Taman Negara tetapi ‘Night Jungle Walk’ adalah salah satu aktiviti unik yang wajib dilakukan! Anda berpeluang melihat banyak haiwan nokturnal yang tidak mudah ditemui pada waktu siang seperti burun hantu, tapir dan banyak lagi.

Untuk info lanjut, sila semak di sini.

2. ‘Canopy Walk’ Tertinggi Di Dunia

image2Kredit Foto: The Star

Dalam kelas Geografi dulu mesti selalu dengar pasal ‘Canopy Walk’ ni kan? Tapi kalau dah lupa semua fakta, jambatan ini merupakan jambatan kanopi terpanjang dan tertinggi di dunia; berada pada ketinggian 40 meter dari tanah, dan panjangya 530 meter di atas kanopi pokok. Pemandangan dari sini memang antara yang terbaik di Taman Negara untuk melihat flora dan fauna!

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

3. Memancing Di Sungai Keniam

image1Kredit Foto: Taman Negara Pahang

Untuk kaki pancing, Taman Negara adalah antara tempat terbaik untuk melakukan aktiviti ini terutamanya di Sungai Keniam. Antara ikan-ikan yang boleh dipancing di sini adalah Kelah, Patin, Baung, Gohok, Tenggalan dan Tapah. Perjalanan ke Sungai Keniam mengambil masa lebih kurang 3 – 4 jam menaiki bot dari Jeti Kuala Tahan. Anda harus mendapatkan lesen memancing dan lesen kamera dari Renjer Jabatan Perhilitan sebelum masuk ke Taman Negara. Waktu paling sesuai untuk memancing di sini adalah Februari ke September.

4. White Water Rafting Di Sungai Tembeling

image5Kredit Foto: My Adventure Host

Kalau korang suka aktiviti lebih lasak dan tak kisah kalau rambut baju semua basah kuyup, memang patut cuba White Water Rafting ni! Untuk melakukan aktiviti ini, anda perlu lalui trek hutan, menaiki bot dan berkelah di Sungai Tembeling. Hanya lakukan aktiviti jika anda betul-betul nak tau! Bila pergi nanti dah tak boleh nak patah balik!

Untuk maklumat lanjut, sila semak di sini.

5. Mendaki Gunung Tahan

image3Kredit Foto: Make My Trip Now

Aktiviti terakhir adalah untuk mereka yang memang ‘adventurous’! Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dan terletak pada 2,187 meter dari paras laut. Pendakian yang mencabar ini memakan masa beberapa hari, tapi percayalah ianya sangat berbaloi! Dalam ekspedisi ini, anda perlu merentas sungai, naik turun bukit dan banyak lagi. Pastikan anda fit secara fizikal dan mental untuk mendaki ya!

Untuk info lanjut, sila klik di sini.

Rancang Perjalanan Ke Taman Negara Menerusi CatchThatBus

Kini anda boleh merancang percutian ke Taman Negara dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres! Lebih murah dan jimat jika anda tempah tiket bas dengan CatchThatBus. Anda boleh memilih operator Han Travel atau NKS Hotel & Travel dengan harga serendah RM79 untuk perjalanan sehala.

Perjalanan Bas Dari Kuala Lumpur

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 7 hingga 9 jam bergantung kepada keadaan trafik dan cuaca. Harga tiket bas bermula dari RM79 bergantung kepada operator pilihan anda. Lokasi pelepasan adalah dari pejabat Han Travel atau Lavana Hotel yang terletak di Chinatown.

Perjalanan Bas Dari Cameron Highlands

Dari Cameron Highlands, anda boleh memilih Han Travel untuk ke Taman Negara dengan harga tiket berjumlah RM95 sahaja. Lokasi pelepasan adalah dari Tanah Rata dan perjalanan dijangka memakan masa kira-kira 7 ke 9 jam.

Pandu Kereta Ke Taman Negara

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taman Negara adalah kira-kira 265 kilometer dan dijangka memakan masa antara 4 ke 5 jam bergantung kepada keadaan trafik dan cuaca. Terdapat beberapa cara perjalanan ke Taman Negara dengan memandu kereta. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.